Pembaharuan
yang dianjurkan oleh maharaja meiji pada tahun 1868 sehingga 1912 erupakan satu
dasar yang bangkit dari zaman kegelapan era penjajahan jepun yang berdasarkan
pemerintahan kuku besi dan kententeraan yang melampau. Rakyat tidak diberi
kuasa untuk mengubah keaadaan mereka dan lebih menyedihkan tiada apa yang boleh
dilakukan oleh rakyat kepada Negara kerana semua tampuk kekuasaan dipegang oleh
sebuah kuasa feudalist yang memerintah sesebuah tanah rakyat secara total.
Kesan daripada hal ini telah membangkitkan zaman kesedarakan rakayat jepun
untuk merebut semula maruah mereka melalui rampasan kuasa yang kita anggap satu
titik tolak kepada perubahan drastik etika kehidupan jepun. Bila kita ada kemahuan,
disitu kita akan berusaha. Itulah yang di ungkapkan secara metafora didalam
diri rakyat marhaen jepun serta maharajanya. Pemerintahan yang efektif tidak
semestinya berbentuk kejam dan tidak berhati perut walaupun untuk menjaga hal
ehwal keselamatan Negara. Pemikiran yang lebih terbuka perlu diiringi dengan
ilmu yang tersimpan dalam dada selain menitik beratkan applikasi ilmu dalam
kehidupan. Dengan ini apa yang digeruni oleh masyarakat iaitu pemimpin yang
terlalu befikiran terbuka dapat diketepikan. Pemimpin perlu berilmu dalam
menyampaikan atau mengaplikasikan sesuatu dasar kepada Negara mereka. Didalam
hal ini, kita boleh melihat bahawa maharaja meiji mempunyai satu sudut
ketokohan dari sudut intelektual. Para intelektual itu pemimpin dan pemimpin
itu mestilah intelek dalam memerintah sebuah tanah.
Dalam setiap
pemerintahan, kita sebagai seorang pemimpin perlu sedar bahawa dalam pimpinan
kita, kita mempunyai sesuatu perkara yang dipanggil sebagai masa. Masa
merupakan limitasi dan halangan terhebat seseorang pemimpin. Sebagai seorang
pemimpin masa memainkan peranan yang penting dalam aspek pemerintahan tak kira
Negara atau keluarga. Sesuatu dasar itu perlu dirangka oleh minda seseorang
pemimpin itu 5 tahun bahkan sedekad oleh seseorang pemimpin itu. Oleh itu jelas
sekali bahawa pemimpin perlu mempunyai pemikiran yang jauh berfikiran kehadapan
dan bukannya hanya hanya memikirkan konsekuensi 1 minggu atau 2 bulan akan
datang. Cara kita berfikir juga perlu seiring dengan rakyat tetapi ditambah
dengan dua perkara iaitu kesedaran yang amat luas tentang hak rakyat serta
kesan atau hasilnya kepada rakyat dalam jangka masa yang panjang. Semua ini
memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam dan luas dalam semua perkara.