Saturday 28 January 2012

Pengunguman

Maka diumumkan Shafiq Lee (bukan nama sebenar) akan berpindah masuk ke asrama pada 32 January 2012 ini, harap maklum. Blog yang tak aktif tapi menarik ini (ye ke menarik :P) akan bertambah tak aktif selepas ini, insyaallah, saya akan cuba post nota - nota biologi lepas ni. Assalamualaikum, bye.

-Sincerely, Shafiq Lee.

Saturday 14 January 2012

Cerita Hantu


when we talk about Cerita hantu melayu, sebenarnya kebanyakan dari kita dah muak dengan jalan cerita cerita hantu melayu ni, lagi2 skrg ni cerita hantu melayu da belambak sangat dah, hampir setiap bulan ada cerita hantu melayu skrg ni.

bercakap tentang plot dan jalan cerita hantu melayu yang typical, kita mendapati :

1. jumpa rumah lama.... duk situ walaupun tau rumah tu pelik
2. anak/kakak/isteri nampak jembalang yang dimakeup oleh pe makeup yang x reti nk makeup (HANTU MUKA PUTIH MATA LEBAM dan ade la sikit darah2)
3. Sound effect orang ngilai2 yang dah biasa (typical) dan tak menakutkan lansung.
4. jumpa benda pelik, tangkal, tulang, sup bonjot etc etc then gatal2 pegang.
5. hantu merasuk, pelakon melompat sane sini, kadang2 bersilat, panjat2 dinding, ckp sorang2, meracau dan semua ni tak nampak real.
6. mencari jalan penyelesaian dengan panggil ustaz.
7. ustaz jadi hero, lawan dengan hantu, POM, ustaz menang.
8. hantu hilang.
9. and at the end of the stories, ade saki baki hantu yg terleft over.
10. happy ever after but kadang2 merana selama lamanya.
11. credit.

SO, paham2 je la, kami da bosan dengan cerita hantu yang berlambak sangat skrg ni.

NOTA KEFAHAMAN BIOLOGI BAB 2 : STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

 
(gambar diatas merujuk kepada gamba 2d Sel haiwan)

  
(berikut adalah gambar 2d sel tumbuhan)
Nukleus

1. nukleus merupakan organ paling besar dalam sel haiwan dan sel tumbuhan.
2. dikelilingi dengan membran nukleus
3. didalam nukleus terletaknya nukleoplasma yang berstruktur sfera gelap.
4. fungsi nukleus adalah mengawal segala aktiviti sel.
5. kromatin adalah keadaan dimana kromosom semasa sel tidak membahagi.
6. kromoson terletak didalam nukleuplasma.
7. kromosom juga membawa maklumat genetik
8. fungsi maklumat genetik adalah untuk menentukan sifat dan fungsi sel.


Jalinan Endoplasma Licin

1. Bersambung secara fizikal (nyata) dengan membran nukleus
2. tidak mempunyai Ribosom.
3. meransang lipid dan kolestrol.
4. tempat nyah toksik racun, dadah
5. tempat mensintesis  lipid.
5. mengangkut protein ke jalinan endoplasma kasar.

Jalinan Endoplasma Kasar

1. mempunyai Ribosom
2. mengangkut protein yang telah disintesis oleh lisosom
3. hasilnya protein yang dirembes keluar dibungkus dalam vesikel.
4. protein yang telah disintesis diangkut ke bahagian sel yang lain.

Ribosom

1. mensintesis protein.

Jasad Golgi

1. tempat memproses, membungkus dan membawa bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid dan glikoprotein.
2. jalinan endoplasma kasar tadi berhubungan dengan jasad golgi untuk mengangkut protein
3. protein tadi masuk ke ruang membran
4. protein dan lipid diubahsuai jadi hormon dan enzim.
5. membungkus bahan rembesantadi kedalam vesikel.
6. menghasilkan lisosom.
7. mengawal aktiviti rembesan sel.

Sentriol

1. terdapat di dalam sel haiwan sahaja.
2. membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel.

Lisosom

1. menguraikan sel yang dah mati.
2. mengasingkan organ yang rosak supaya organ yang baru dapat dihasilkan.

Mitokondrion

1. terdapat dalam sel haiwan dan tumbuhan.
2. fungsi utama dalam haiwan adalah untuk penghasilan tenaga.
3. menghasilkan tenaga dalam bentuk kimia. (ATP)
4. banyak berada di dalam sel otot.
5. membebaskan tenaga apabila glukos dioksidakan oleh bantuan enzim yang diterima dari vesikel jasad golgi.

Kloroplas

1. bujur
2. mengandungi pigmen hijau yang dikenal sebagai klorofil.
3. menyerap cahaya matahari dan menukarkannya menjadi tenaga kimia semasa proses fotosintesis.

Vokuol

1. mengandungi membran separa gelap (tonaplas).
2. cecair dalam sel vokuol dipanggil sap sel.
3. kebanyakan tumbuhan mempunyai vokuol yang besar.
4. tumbuhan muda mempunyai saiz vokuol yang kecil.
5. berperanan sebagai tempat penyimpanan.
6. Sap sel terdiri daripada, air, asid organik, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan, pigmen dan hasil sampingan metabolisma.
7. menyokong tumbuhan herba untuk kelihatan tidak layu.

Membran sel

1. terdapat pada permukaan sel.
2. meliputi kandungan membran plasma.
3. terbentuk dari fosfolipid dan protein.
4. membran plasma menjadi sempadan yang mengasingkan kandungan sel dengan luar.
5. bersifat telap memilih.
6. mengawal bahan keluar masuk dari sel.

Dinding Sel

1. bersifat telap sepenuhnya (semua bahan boleh masuk)
2.  terbina dari gentian selulosa.
3. mengelakkan sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.
4. hanya ada di sel tumbuhan.

UNTILTLE

it come and it go,
warms like sands but then bites like snows,
it's love and jealousy that shattering our life indeed.

Sunday 1 January 2012

Skyrim Console Commands

Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini merupakan post kedua saya pada tahun 2012. SO Tepuk tangan or die.

Ok, berbalik kepada usul diatas, Skyrim Console Command, sebelum itu, pada sesiapa yang tak tahu game ini khususnya para gamers malaysia, anda patut cuba game ni, ok tak paksa. Skyrim sebenarnya membekalkan banyak Console commands untuk developer dan masih boleh diekses oleh pemain game ini. Console Command sering dikaitkan dengan "CHEATING" tetapi hari ini saya akan mengajar anda bagaimana hendak CHEATING tanpa rasa diri anda menipu, post ini terbahagi kepada dua bahagian, CHEAT tanpa rasa anda sedang menggunakan cheat dan CHEATING habis.

1.Cheating tanpa rasa diri anda menipu

ok untuk mengekses command console di dalam Skyrim anda cuma perlu cari simbol "~" yang berada di bawah butang ESC. Untuk menambah Level character anda didalam skyrim, anda cuma perlu taip Player.advlvl XX, XX itu anda letak angka level yg anda mahukan, contohnya, player.advlvl 10 dan character anda akan naik sebanyak 10 level, tetapi, Perk tidak akan meningkat. Command kedua yang anda boleh lakukan ialah, Player.modav carryweight XX, command ini berfungsi untuk menambah capacity carry weight character anda di dalam skyrim. Sebagai contoh, Player.modav carryweight 100 dan carry weight anda akan bertambah sebanyak 100. Untuk tambah gold atau duit anda senang saja, anda cuma perlu taip, player.additem F XXXX, XXXX itu anda letak jumlah duit yang anda mahu tambah, contohnya, player.additem F 20000 dan duit anda akan bertambah sebanyak 20000. Bagi pemain yang bosan dengan muka character anda, anda boleh menukar race dan muka dengan taip showracemenu. AMARAN, jika anda menukar jantina dan Races anda, level anda akan direset semula.

2. Cheating habis

ok cheating abis senang je, kalau tak mahu mati dalam skyrim anda cuma perlu tulis, tgm dan character anda tidak akan dapat damage,infinite stamina dan magic. untuk dissable, anda cuma perlu taip tgm kembali.

Spesifikasi Dan Harga PS VITA Di Malaysia

PLAYSTATION VITA  merupakan  console portable terbaru keluaran SONY, PS vita dilengkapi dengan 4 Core ARM Cortex-A9 MPCore processor dimana kekuatan processor ini hampir setanding dengan kemampuan processor yang digunakan oleh XBOX 360. PS vita juga menggunakan quad-core SGX543MP4 sebagai Graphic Processor Unit (GPU). 


Cukup dengan spesifikasi yang membosankan itu tadi mari kita beralih ke feature PS Vita ini pula. PS Vita dilengkapi dengan Screen yang beresolusi tinggi. Screen yang digunakan oleh PS Vita ini sebenarnya digunakan oleh Screen Samsung Galaxy S2 (AMOLED). Selain gambarnya yang jelas dan berkualiti tinggi, PS Vita juga turut disertakan dengan WIFI dan 3G. Untuk PS Vita 3G Version, harganya sedikit tinggi tapi masih berpatutan. Tapi untuk bakal pengguna di Malaysia, saya tidak menggalakkan anda untuk membeli 3G version kerana harganya yang mahal berbanding dengan versi WIFI. Di samping itu, PS vita juga dilengkapi dengan Screen Touchscreen. PS vita juga memperkenalkan feature baru yang tidak pernah di buat oleh console lain iaitu Rear Touchpad. Selain mempunyai 12 butang, PS vita juga mempunyai dua analog stick dimana PSP yang lama hanya mempunyai satu analog stick. Selain itu, PS Vita juga mempunyai Camera, walaupun hanya mampu menangkap video dan gambar yang beresolusi 320 X 240 sahaja, PS Vita mampu merakam sebanyak 120 frame per second yang bermaksud video anda dapat dimainkan semula dengan lancar dan smooth.

PS Vita mula dilancarkan di Jepun pada 16 disember 2011 dan telah berjaya menjual sebanyak 325,000 unit dalam masa 2 hari. PS vita dijual dengan harga 249 USD bagi WIFI version dan 299 USD bagi 3G version. PS Vita Dijangka mula dijual di Malaysia pada awal bulan January 2012 ataupun awal bulan Febuary 2012. Saya mengagak mungkin harga PS VITA untuk Malaysia RM 900 untuk WIFI dan untuk 3G version pula RM 1200.