Saturday, 17 December 2011

Fungsi sebenar Facebook

Facebook, pada mulanya dibangunkan oleh seorang pelajar universiti, Mark Zukenberg. Pada tahun 2004, Facebook telah beroperasi secara official nya. Penggunaan Facebook makin lama semakin meluas dan mendapat tempat di hati pengguna.Kini, pengguna Facebook telah mencecah seramai 800 juta pengguna di seluruh dunia.

Ok, berbalik kepada tajuk, penggunaan sebenar Facebook. Bercakap mengenai penggunaan facebook, anda sudah terfikir yang Facebook ini hanya satu laman sosial untuk mencari kawan baru mahupun menghubungkan anda dengan rakan-rakan sebaya dengan anda. Sebenarnya, kegunaan Facebook ini lebih luas daripada anda fikirkan.

1. Education on facebook

Tentu anda pelik, bagaimana laman social seperti facebook dapat dijadikan medium untuk belajar bukan? Sebenarnya, dimana mana pun kita boleh belajar selagi anda dalam persekitaran yang tenang. Belajar di facebook tidak bermakna Facebook ada membekalkan sukatan pelajaran seperti di dalam buku teks ataupun di buku rujukan tetapi belajar di facebook bermaksud berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda di facebook. Bagaimana hendak berkongsi ilmu di facebook? Sebenarnya belajar di facebook bermaksud anda dan rakan- rakan anda berkongsi latihan latihan untuk subjek yang tertentu seperti matematik ataupun berkongsi "Link" website yang berunsurkan pelajaran. Selain itu, anda juga boleh bertanya tentang masalah yang anda hadapi dalam pelajaran samaada dengan rakan
anda ataupun guru anda yang berada di facebook. Pada tahun ini, 2011, Facebook telah memperkenalkan satu "feature" yang baru yang iaitu panggilan video. Panggilan video ini mempunyai banyak  faedahnya selain dapat membuat video call dengan rakan rakan anda. Dengan adanya feature ini, anda juga boleh mengajar dan belajar dengan rakan anda secara berkomunikasi. Tahukah anda 70% daripada ilmu dapat disimpan dalam otak jika kita mendengar dan melihat orang yang mengajar, manakala 80% jika kita praktikkan ilmu itu dalam kehidupan kita.


2. Share you ideas to make a better world on facebook

Idea, tahukah anda perbezaan idea seorang "THINKER",  idea orang bodoh dan idea orang yang tidak waras? OK, mari saya kongsikan contoh-contoh jenis idea, Lelaki A memikirkan tentang masalah pengecasan bateri yang boleh memendekkan jangka hayat bateri jika dicas terlalu lama dan Lelaki A mendapat idea untuk mereka satu peranti yang membolehkan pengguna mengecas bateri dengan mematikan aliran untuk mengecas selepas tempoh bateri ini habis dicas. Lelaki B pula memikirkan idea tentang Coli wanita yang bercahaya dalam gelap tanpa memikirkan masalah dan faedah idea ini. Lelaki C pula bercakap tentang idea untuk terbang tanpa menggunakan apa apa tanpa memberitahu masalah dan faedah seperti lelaki B. OK, mungkin anda sudah dapat mengagak mana satu idea seorang THINKER, idea seorang bodoh, dan idea tidak waras. Bercakap mengenai idea, idea anda tidak semestinya di tulis dengan rakan - rakan anda semasa berchatting, anda juga boleh sebarkan idea anda melalui membuat group di facebook dimana fungsi group itu hanyalah untuk berkongsi tentang idea.Akhir kata, ingat kata ini "Great people talk about ideas, average people talk about things, small people talk about other people" Fikir- fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment