Thursday, 20 December 2012

Resepi Rahsia melansingkan badan

Mempunyai badan yang langsing sememangnya idaman bagi setiap wanita dan juga lelaki. Tetapi tahukah anda terdapat pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melansingkan badan anda? Sememangnya terdapat pelbagai syarikat perubatan yang menawarkan pelbagai ubat ubatan dalam bentuk pil, tetapi sejauh mana keberhasilannya?

Disini saya ingin berkongsi satu petua ringkas tentang cara untuk melansingkan badan dengan mudah dan murah. Dibawah merupakan langkah-langkah "Resepi Rahsia" untuk melansingkan badan.

1. AIR KOSONG   + LIMAU NIPIS = AIR LIMAU NIPIS  
                                                                                                                                              
Apa yang anda perlu lakukan, ambil sebiji atau dua biji limau nipis, potong kepada dua dan campurkan bersama air kosong. Jangan tambahkan sebarang gula atau ia tidak akan berkesan. minum pada waktu malam dan amalkan pada setiap hari, Insyaallah badan anda akan lebih sihat dan lansing kerana khasiat daripada limau nipis dapat menyinkirkan toksik berlebihan dalam badan sekaligus dapat menurunkan berat badan. Tetapi apa yang penting ialah komitmen anda. Dalam masa 1 ke 2 bulan, anda akan dapat lihat hasilnya. Awas! jangan letakkan terlalu banyak limau nipis atau anda akan mengalami pedih perut kerana keasidan limau nipis ini. Setakat sampai disini saja, selamat mencuba! Follow saye ye ;D

               

1 comment: