Wednesday 22 July 2015

INSPIRASI DARI DASAR PEMERINTAHAN MEIJI

Pembaharuan yang dianjurkan oleh maharaja meiji pada tahun 1868 sehingga 1912 erupakan satu dasar yang bangkit dari zaman kegelapan era penjajahan jepun yang berdasarkan pemerintahan kuku besi dan kententeraan yang melampau. Rakyat tidak diberi kuasa untuk mengubah keaadaan mereka dan lebih menyedihkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh rakyat kepada Negara kerana semua tampuk kekuasaan dipegang oleh sebuah kuasa feudalist yang memerintah sesebuah tanah rakyat secara total. Kesan daripada hal ini telah membangkitkan zaman kesedarakan rakayat jepun untuk merebut semula maruah mereka melalui rampasan kuasa yang kita anggap satu titik tolak kepada perubahan drastik etika kehidupan jepun. Bila kita ada kemahuan, disitu kita akan berusaha. Itulah yang di ungkapkan secara metafora didalam diri rakyat marhaen jepun serta maharajanya. Pemerintahan yang efektif tidak semestinya berbentuk kejam dan tidak berhati perut walaupun untuk menjaga hal ehwal keselamatan Negara. Pemikiran yang lebih terbuka perlu diiringi dengan ilmu yang tersimpan dalam dada selain menitik beratkan applikasi ilmu dalam kehidupan. Dengan ini apa yang digeruni oleh masyarakat iaitu pemimpin yang terlalu befikiran terbuka dapat diketepikan. Pemimpin perlu berilmu dalam menyampaikan atau mengaplikasikan sesuatu dasar kepada Negara mereka. Didalam hal ini, kita boleh melihat bahawa maharaja meiji mempunyai satu sudut ketokohan dari sudut intelektual. Para intelektual itu pemimpin dan pemimpin itu mestilah intelek dalam memerintah sebuah tanah.


Dalam setiap pemerintahan, kita sebagai seorang pemimpin perlu sedar bahawa dalam pimpinan kita, kita mempunyai sesuatu perkara yang dipanggil sebagai masa. Masa merupakan limitasi dan halangan terhebat seseorang pemimpin. Sebagai seorang pemimpin masa memainkan peranan yang penting dalam aspek pemerintahan tak kira Negara atau keluarga. Sesuatu dasar itu perlu dirangka oleh minda seseorang pemimpin itu 5 tahun bahkan sedekad oleh seseorang pemimpin itu. Oleh itu jelas sekali bahawa pemimpin perlu mempunyai pemikiran yang jauh berfikiran kehadapan dan bukannya hanya hanya memikirkan konsekuensi 1 minggu atau 2 bulan akan datang. Cara kita berfikir juga perlu seiring dengan rakyat tetapi ditambah dengan dua perkara iaitu kesedaran yang amat luas tentang hak rakyat serta kesan atau hasilnya kepada rakyat dalam jangka masa yang panjang. Semua ini memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam dan luas dalam semua perkara. 

No comments:

Post a Comment