Sunday, 21 August 2011

Panduan Membeli Komputer Desktop Anda Yang Pertama

Pada zaman yang serba moden ini, penggunaan komputer amatlah penting dalam kehidupan, sama ada untuk kegunaan kerja ataupun bermain permainan video. Oleh itu, pemilihan bahagian komputer seperti Graphic Card dan Processors amatlah penting untuk menentukan  jenis kerja yang anda ingin lakukan.

Jika bercakap tentang permainan video game, mungkin ada yang terfikir semua jenis komputer boleh menjalankan video game dengan lancar dan sempurna. Tapi yang sebenarnya anda salah, bukan semua komputer boleh menjalankan permainan video dengan sempurna. Mungkin anda pernah mengalami masalah "lagging" atau dalam bahasa ringkasnya ketidak lancaran ketika bermain permainan video. Sebenarnya ini disebabkan oleh banyaj faktor. Antara faktor penyebab masalah ini berlaku ialah graphic card anda tidak boleh menampung jumlah graphic yang dijalankan ketika anda bermain permainan video. Selain itu faktor ketidakcekapan proscessor juga menjadi penyebab masalah ini berlaku. Di bawah merupakan panduan untuk membeli graphic card dan proscessor yang sesuai dengan bajet anda.


1. Graphic card
Untuk memilih graphic card, anda perlu tahu dua benda yaitu jenis motherboard anda sama ada ddr1, ddr2, ddr3 atau pun yang terbaru ddr5. Selepas itu, jumlah memory. Bagi anda yang ingin membeli komputer untuk bermain video game, jumlah memory anda perlulah tidak kurang dari 512 mb ataupun yang terbaik ialah lebih dari 1024 mb. Bagi pengguna yang ingin kelajuan dan mempunyai bajet yang kurang, anda boleh membeli graphic card yang berada di class yang ke 2 iaitu middle class graphic card. antara graphic card middle class adalah, Nvidia gt430. Nvidia gt 430 menawarkan harga yang sangat murah iaitu hanya sebanyak Rm 170 sahaja. Bagi anda yang inginkan "performance" dan "cheap" anda boleh membeli graphic card ini. Bagi anda yang mempunyai "budget" yang lebih pula, anda boleh membeli graphic card yang "High End" seperti Geforce Gtx 580. Panduan untuk anda membeli graphic card jenis ATI, untuk menentukan prestasi graphic card ATI, anda boleh melihat nombor yang ke dua yang ada pada name graphic card ATI. Contohnya HD 6970 dan  HD 6870. HD 6970 mempunyai "Performance" yang lebih bagus dari HD 6870 dari segi "Core Clock Speed" dan lain lain.

2. Processors
 Processor mempunyai pelbagai jenis dan jumlah "Core". Gambar disebelah adalah gambar Processor jenis Intel core i7 yang mempunyai empat core atau pun dipanggil "Quad Core". Sebenarnya jumlah "Core" amatlah penting. Kebanyakan komputer pada zaman 80-an hanya mempunyai satu "Core". Pada tahun 2000 processor yang mempunyai  "Multiple Core" diperkenalkan. Untuk anda yang mahukan prestasi yang tinggi ketika bermain permainan game, anda perlu membeli processor yang mempunyai lebih dari satu "Core" kerana banyak permainan video bermula dari tahun 2009 memerlukan lebih dari satu "Core". Untuk anda yang mempunyai "budget" kurang dari RM 600, anda boleh membeli Processor dari jenis AMD. Ini kerana, AMD menawarkan harga yang berpatutan dan "Performance" yang bagus berbanding dari jenis Intel. Antara processor AMD yang saya cadangkan untuk anda yang mahukan prestasi dan "Budget" ialah AMD Athlon X4 , AMD Athlon X3 dan AMD Phenom X2. Untuk maklumat yang lebih terperinci anda boleh pergi ke laman web http://www.amd.com/sg/Pages/AMDHomePage.aspx

Setakat disini saja panduan untuk membeli bahagian komputer anda yang pertama. Sebarang kesilapan amat dikesali.

Written by, M. Shafiq Haniffa

No comments:

Post a Comment