Sunday, 1 January 2012

Spesifikasi Dan Harga PS VITA Di Malaysia

PLAYSTATION VITA  merupakan  console portable terbaru keluaran SONY, PS vita dilengkapi dengan 4 Core ARM Cortex-A9 MPCore processor dimana kekuatan processor ini hampir setanding dengan kemampuan processor yang digunakan oleh XBOX 360. PS vita juga menggunakan quad-core SGX543MP4 sebagai Graphic Processor Unit (GPU). 


Cukup dengan spesifikasi yang membosankan itu tadi mari kita beralih ke feature PS Vita ini pula. PS Vita dilengkapi dengan Screen yang beresolusi tinggi. Screen yang digunakan oleh PS Vita ini sebenarnya digunakan oleh Screen Samsung Galaxy S2 (AMOLED). Selain gambarnya yang jelas dan berkualiti tinggi, PS Vita juga turut disertakan dengan WIFI dan 3G. Untuk PS Vita 3G Version, harganya sedikit tinggi tapi masih berpatutan. Tapi untuk bakal pengguna di Malaysia, saya tidak menggalakkan anda untuk membeli 3G version kerana harganya yang mahal berbanding dengan versi WIFI. Di samping itu, PS vita juga dilengkapi dengan Screen Touchscreen. PS vita juga memperkenalkan feature baru yang tidak pernah di buat oleh console lain iaitu Rear Touchpad. Selain mempunyai 12 butang, PS vita juga mempunyai dua analog stick dimana PSP yang lama hanya mempunyai satu analog stick. Selain itu, PS Vita juga mempunyai Camera, walaupun hanya mampu menangkap video dan gambar yang beresolusi 320 X 240 sahaja, PS Vita mampu merakam sebanyak 120 frame per second yang bermaksud video anda dapat dimainkan semula dengan lancar dan smooth.

PS Vita mula dilancarkan di Jepun pada 16 disember 2011 dan telah berjaya menjual sebanyak 325,000 unit dalam masa 2 hari. PS vita dijual dengan harga 249 USD bagi WIFI version dan 299 USD bagi 3G version. PS Vita Dijangka mula dijual di Malaysia pada awal bulan January 2012 ataupun awal bulan Febuary 2012. Saya mengagak mungkin harga PS VITA untuk Malaysia RM 900 untuk WIFI dan untuk 3G version pula RM 1200.

No comments:

Post a Comment